Wednesday, August 29, 2012

Bahgiekah saYe~

"Nampak 'happy' bahagia memanjang, tak pernah rasa 'down' atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?"

Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa.

Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, 'down', kecewa, 'frust', stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama 2? tahun ini, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau 'frust' atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, 'frust' atau pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan'nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan.






Apa kata kita jadikan mereka inspirasi? Saat-saat begini, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima dan cara kita 'deal' dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang saat kekecewaan?


Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.

Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

mode:
xmnentu..

p/s:
"Attach your heart to God and you will never be let down." (Imam Zaid Shakir)