Monday, February 27, 2012

:: Bersangka Baik Dengan Kehidupan::

Ceritanya::

Lbh kang sbulan lbih kat skola ni ak pling suker tg0k akak kt dn meje ak ni...ilek je...c00l je uat kje...1st jmpe die ingt die da lame kt sk0la ni...ble sembang lame2 skit baru taw yg die bru je bln 12 ari 2 transfer kt sni..tp syes xnmpak cam org bru..cam da lame ngn suasne kt sni...huhu..bnde ptame yg aku ingt ag yg die ckp n leh mlekat smpai skunk "ala uat je kje..xyah mrungut...kl0 kte merungut p0n kte kna buat jugak..s0 baik kte buat je.."

Bt0l gk kn..kal0 kte uat n try sdaye m'enj0ykan dri ngn ssuat kje 2 kte xdela stress sgt...bsangka baik ngn smua kje yg tlh dberi..my b ade sumtim yg kte blh blja dr 2...huhu...








::(Sumber U.PJ)::

Bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga.

P/s:

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!!!



MODE::

// Sy sdang mmbna motivsi dlm dri sy sndri..kje blambak2..sdaye upaye cba m'c0olkan dri syer...ngee =)

“Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!!! (kaki da melangkah ke dlm bidang skunk ni..tuk berpatah blik suda tdk mungkin..tp utk menginovasikan dri dlm dlm bdg ni 2 yg spatotnya dibuat kn...)

Ade ape ngn 13Mac (syer suda tdk sabar tuk jmpe bez friend n kengkawan syer..ngee=) myb lps ni da susa nk jmpe korang smua..)

Tuesday, February 7, 2012

Metafora air limau dan luka di tangan~

Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati

(Sumber:U.PJ)


P/s:

Sayer Ma0 idup yg epi2..n uat epi2..hehe..tidak bermaksud juga utk mnyekat kebahagian owg lain....

Sayer turut epi jika anda trut same epi mcm sayer.. ngee =)

Seyesly,sgt windu sama tokma syer~ guwl..guwl..