Saturday, July 25, 2009

CINTA PERTAMA VS CINTA UTAMA

CINTA PERTAMA VS CINTA UTAMA


Beriya-iya benar pertanyaan itu diajukan kepada saya. Ya sukar benar melupakan cinta pertamanya.
“Sudah tiga tahun berlalu,tapi hati masih teringat si dia, “akuinya terus terang.
“kenapa terpisah?” Tanya saya simpati.
“orang tua ada pilihan lain”
“Dia telah berkahwin?”
“sama macam saya, kami sama-sama sudah berkahwin. Saya mempunyai dua cahaya mata.dia baru seorang…”
“cintakah awak kepada suami awak sekarang?”tusuk kata saya perlahan.
Dia termenung seketika.
“tidak cinta, barangkali….Cuma mungkin terpaksa” saya berkata...
“ehhh…tak, Dia seorang suami yang baik, Cuma…”
“Cuma masih tak dapat lupakan cinta pertama..? Saya memotong kata-katanya, seolah-olah memberi jawapan kepada hati dia.
Dia mengangguk.
“Cinta bukan Tuhan,” tegas saya.
“Maksudnye..? dia bertanya.
“kita tak perlu tunduk kepadanya. Jangan apa sahaja ‘perintahnya’ diikuti. Jangan menjadi hamba cinta pertama!!! Saya memberi penerangan seberapa ringakas.
“mmm..entahla…keliru pulak..” dia kelihatan agak pening dengan penjelasan saya tadi.
“ Jadilah hamba cinta utama” saya memandang terus kedalam matanya.
“ Cinta utama?” sekali lagi, persoalan bermain di bibirnya.
Dia mula merenung balik kedalam mata saya…mungkin meminta sedikit penjelasan lagi daripada buah fkiran saya. Agak lembab juga minah ni…hehe…sempat lagi terdetik dihati saya.
“ Maksudnye, begini….Cintakan Allah yang perlu diutamakan…apabila kita telah cinta kepada yang utama, cinta yang lain akan tunduk akur kepadanya…”
Dia termenung…mungkin memikirkan kata-kata saya tadi…
“Tapi saya tetap merasakan kekasih pertama saya dulu yang terbaik…”
Aduh…dia masih lagi mempertahankan kata-katanya tadi. Mungkin juga kata-kata saya tadi telah menyelinap msuk ke dalam hati kecilnya… Cuma hati besar nya sahaja yang tidak membenarkannya..
“ Mungkin juga kata-kata awak tu…tapi dia terbaik untuk suaminya sekarang…dan awak juga yang terbaik, tapi…untuk suami awak sekarang…” saya cuba memberi respon pada pandangan tadi.
“ Ginilah..dengan erti kata yang lain, mungkin kite tak tercipta untuk dia…tapi untuk seseorang yang Allah ciptakan untuk kite”
“ Siapa yang boleh menjamin kata tu?” dia menyoal saya lagi.
“ Cinta Utama- Allah…bila Allah mentakdirkan sesuatu, sesuatu itu pasti yang terbaik untuk hamba-Nya. Maha suci Allah daripada bersifat zalim.”
“ Saya tak pasti..betul ke macam tu? Intonasi suaranya masih lagi tak berpuas hati.
“ Ilmu kita terbatas, ilmu Allah maha luas. Tidak dapat kita jangkau hikmah takdir yang tersirat…jika belum Nampak hikmahnye sekarang, masa akan datang pasti akan terserlah. Sebagai hamba yang beradab, kita seharusnya berkata… “ Ya Allah, aku belum nampak lagi kebaikkan takdirMu sekarang….tapi aku pasti ketentuan –Mu pasti ada kebaikkannye nanti..”
“ Jadi sekarang…ape jalan keluarnye..?” dia bertanya lagi…
“ Cintailah apa yang ade, jangan cintai apa yang tiada atau yang pasti belum milik kite…keluar dari masa lampau, hadapi kenyataan hari ini.”
“Do not look back and grieve over the past for it is gone, do not be troubled about the future..for it has yet to come, live in the present, and make it so beautiful, that it will be worth remembering…
Teringat saya pada satu kata-kata yang pernah saya menghafalnya…mengambil masa beberapa minit untuk menggingatnye …mungin disebabkan pertambahan umur menyebabkan agak tersekat-sekat untuk saya membacanye…
“ Ah…..susahnye….”dia seakan-akan melepaskan satu keluhan yang berat.
“ Seorang suami, dua orang anak…sanggup awak korbankan hanya kerana cinta pertama..?
“Tergamakkah saya buat macam tu..” dia seolah-olah bertaya balik kepada saya..
Matanye memandang redup..jauh kehadapan…
“Awak yang mesti jawab soalan itu…bukan saya..” saya menjawab.
“ kalau awak jadi saya..?” dia bertanya
“ kalau saya jadi awak, jawapannye, ye.. Awak menagungkan cinta pertama? Bukan saya..”
“ Ishhh…tak sanggup…” dia menjawab
“ kalau tak sanggup, lupakan…kita tidak boleh merubah peristiwa yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah perasaan kita terhadapnya.jika kita tak dapat ape yang kite suke, sukailah apa yang telah kita dapat..jangan putus cinta dua kali..”
“ Apa caranya..?”
“ Cintailah cinta yang utama. Apabila kita cintakan Allah, kita mampu mengubah cinta cinta kita selaras dengan kehendak-Nya…”
“ Apa kehendak Allah terhadap saya?
“ Mencinta suami..Setiap isteri mesti mencintai suaminya..bukan bekas kekasihnya” saye menninggalkan dirinya untuk memikirkan kata-kata saya tadi.


Baki nukilan : NURLINA. humairah_tihani@yahoo.com
P/s : =) trus senyum walau payah…
-slang nyer tlah diedit..ngee..=)

No comments: