Monday, July 16, 2012

Jom Masak juadah berbuke n sahur~

Malam ni xtawu wat ape...ttbe trase nak surf sal msakan...
lbh kurang smnggu lgi nak puase...sje intai2 rsepi yg sesuai tuk dmasak bbuke nanti..

Xperlu yg susa...juz pilih 2 @3 msakan yg simple tp cpt tuk dmsak...

n yg Pntg rsepi ak ni hnya ssuai tuk 2org mkan..ak n syima~



Masakan Ayam Masak Paprik

Bahan-bahan Resepi

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar kicap manis(2 sudu besar sos tiram pon boley)
1 ½ inci carrot (dipotong)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 sudu kecil minyak untuk menumis
3 helai daun limau purut
Garam scukup rasa
sdikit tpung jagung tuk pkatkan kuah

**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
9. Siap untuk dihidangkan.


Yg ni lak rsepi tuk pemcuci mulut..



KOKTEL BUAH_BUAHAN BERKUAH


Bahan
1 tin fruit cocktail
1 tin buah laici
1 mangkuk jeli buah-buahan de nata [mangga atau laici]
1 tin susu cair
1 cawan gula(manis sgt ni, kalau manis susu pun da kire ok..pepon ikut kesesuaian)
ketulan ais secukupnya

Cara
1. Larutkan gula dengan susu cair,(kalau yg pnah ak buat kt uma sewa dlu,masukkan skali air lam tin koktail 2,air lam tin laici n sdikit air lam nata de coco tp jgn bhenti kacau...agk2 mngelegak,matikan api)
2. Masukkan semua buah dan bancuhan gula & susu cair dalam mangkuk hidang yang besar.
3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan sejuk.

(Klau nk lgi cantik msukkan jelly cumi2 n msukkan sndiri buahan sgar cam epel hijau yg dipotong dadu,)






Resepi Pengat pisang

5 – 6 biji pisang ( dipotong2 )
1 liter santan
1 keping gula melaka ( potong kecil2 )
gula ( anggaran 4 sudu makan penuh )
daun pandan
secubit garam

Cara Penyediaan

1. Satukan gula melaka, santan, daun pandan dan garam, kacau selalu hingga mendidih.
2. Kacau hingga sagu masak kemudian baru masukkan pisang.
3. Kacau seketika, dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments: