Tuesday, August 11, 2009

Kehendak hatie…. =)

Takdir sentiasa mengatasi tadbir.takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi…2 yg best tu… tp acapkali gak takdir dan tadbir bersalahan,maka…. terjadilah apa yang kita tidak inginkan.huhu..

Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma, kita dambakan kejayaan , kegagalan pula menimpa, kite nk epiy,tp nape sdey je slaloo dtg,kite nk yg 2 tp nape dpt yg nie..huhu..(hari yg terang kini sudah gelap…..)ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yg x kena ea…? Semuanya telah kutadbirkan, tapi kenapa xbley jugak.?ketika ini timbullah bunga-bunga ‘pemberontakan” dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang perkasa. Sama ada disedari atau tanpa disedari…


Pepon, percayelah takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah( didikan lansung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Nape leh cenggini ek..?

Usaha mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir), Tuhan. Ye…. hanya manusia yang sempurna akal ( ilmu ) dan hati (iman), sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kate owang “ hnya jauhari mengenal manikam” btol x….???

Orang yang begini akan manjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ye…, mereka beranggapan bahawa sifat lemah lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdirNya- samada yg kelihatan positif atau negative pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jka sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.



Mengapa boley jd camtu..? Sebab imam belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah seseorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya, dengan itu, seseorang itu akan merasa tenang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.


Bila kita kenal Allah, maha pengasih dan penyayang, kita tak boleh buruk sangka sangka kat Allah dengan menganggap ape yang ditakdirkan (ujian), itu adalah sesuatu yang x baik. Iktikad (yakin)kita, semua ketentuan Allah itu adalah baik- ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati kita terubat. Walaupun pahit, ditelan jugak. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti barulah tahu.

“kekadang pilihan kite banyak. Kadang2 x…namun luruskan hati, pilihan Dia adlah yg trbaik untuk kite..rite…????”

Katalah kita ditimpa penyakit ,kekecewaan atau kegagalan…itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu masa nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, pe yg da berlaku pada Cat Steven..yang sakitnya etulah menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam…? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa ruang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan. Hingga dengan itu kata-kata bahawa kegagalan itu adalah kejayaan yang ditanguhkan!

Para ahli hikmah( bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan itu nafsu terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara lansung. Ia kan tertekan dengan jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak kan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.


Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik tuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku, kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. ( Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.


                            
Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(surah al-Baqarah:216)



Seringkali kita terfikir, bgaimn mulia& brsihnya hati nabi kta, ttap snyum bl dibenci, ttp tnang bla dimusuhi, ttp mmbntu mmbntu wlau dsakiti, ttp mnyeru wlaupun diusir prig knp kta mdah bnci bla dikasari mdah ptus asa bla yg dilakan xmnjadi, mdh kecewa bla org lain xmmahami, mdh tguris bla kta dinasihati..ayuh kita bangkitkan dri age sgla yg indah mnghiasi pribdi, krn qudwah kita adlh nabi, krn itulah sft hamba yg hakiki….tetap senyum walau pahit..



p/s:nurlina’s
awak…..
Life is like a wheel, wut goes up will comes down..try to make da best n be da best out of every challange n obstacles that u face..try da best in ur life. there an always an alternative. figt for your rights n dream..dunt let da others beat u to da winning line..always keep on trying..GOD will show u the way..InsyAllah.. =)

4 comments:

Unknown said...

setuju........ d^_^b

na's said...

stuju??? mmmm... =0

ayman fahym said...

hurm...no cmment =p

na's said...

ho2..=)

bside my experience ler....ho2..

da true story..aiyaa...=p